Sotong Dumbo – Gajah Terbang di Lautan Dalam

Sotong ini dipanggil ‘Dumbo’ kerana bentuk telinganya yang serupa dengan watak gajah terbang yang comel itu.

Kebanyakan sotong spesies Dumbo adalah sepanjang 20 – 30 cm. Dumbo paling besar panjangnya 1.8 meter, dan seberat 5.9 kilogram (memang gajah betul!)

dumbo7

Mereka juga digelar ‘sotong payung’, kerana pergerakannya yang terapung-apung sambil membuka tentakel berselaputnya seperti orang membuka payung. Ada 17 spesies dalam genus Grimpoteuthis spp. ini.

Macam payung? Macam UFO adalah…

dumbo6

Kumpulan sotong dari genus Grimpoteuthis spp. ini hidup di paras paling dalam antara semua spesies sotong, iaitu pada kedalaman 1000 – 4000 meter dari permukaan laut. Kedudukan mereka ini hanya dicabar pada 2016, dengan penemuan Sotong Hantu yang boleh hidup pada kedalaman 4300 meter.

Sotong ini juga boleh bersalin kulit pada bila-bila masa, sama seperti sotong-sotong lain. Tetapi mulutnya agak luar biasa kerana berbentuk seperti radula (mulut menghisap seperti siput laut).

dumbo3

Mulut ini membolehkannya menelan mangsa sekaligus, tanpa perlu mengoyak atau mengisar dengan taring seperti cara sotong-sotong lain makan. Cara makan ‘sekaligus’ ini adalah ciri unik sotong dari genus ini.

HABITAT

Biasanya ditemui pada kedalaman 3000 – 4000 meter. Kadang-kadang terapung di atas sedikit, 1000 meter. Pernah juga ditemui sehingga sedalam 7000 meter.

Sotong ini boleh ditemui di seluruh dunia – dari New Zealand, Australia, Teluk Monterey, California (US), Filipina dan di Papua New Guinea.

SIFAT FIZIKAL

Sotong Dumbo mempunyai badan semi-lutcahaya dengan tulang lembut berbentuk ‘U’ atau ‘V’.

Ada si Dumbo yang pendek, bulat, dan kuning.

dumbo4

Ada juga yang menyerupai obor-obor dengan satu ‘kasut’ coklat.

Ada yang mempunyai penyedut dan duri pada tentakel mereka.

Mata mereka sangat kabur dan hampir-hampir tidak dapat melihat. Sirip yang berbentuk ‘telinga gajah’ pula terletak betul-betul di atas matanya.

PEMBIAKAN

Grimpoteuthis spp. ini memiliki cara pembiakan yang agak pelik. Sotong Dumbo betina didapati membawa telur yang berada dalam pelbagai peringkat kematangan.

Maksudnya, mereka tiada musim bertelur dan boleh bertelur pada bila-bila masa sahaja. Perkara ini aneh untuk alam haiwan yang biasanya tertakluk kepada perubahan cuaca untuk menentukan masa untuk mengawan. Mereka akan menyorokkan telur di bawah batuan atau cengkerang-cengkerang di dasar laut.

TABIAT

Mereka terapung secara semulajadi. Sirip ‘telinga’ mereka digunakan untuk bergerak dengan mengepak-ngepakkannya. Mereka juga boleh merangkak dengan tentakel mereka, seperti sotong-sotong lain.

Manakala mengecut atau mengembangkan selaput di antara tentakel, atau memancutkan air dari badan – membolehkan mereka ‘melonjak’ pantas untuk lari dari pemangsa.

Sotong Dumbo menerkam dan sekaligus terus menelan mangsa. Diet mereka mengandungi udang halus, kutu laut, cacing, dan plankton.

ADAPTASI

Sotong Dumbo sememangnya telah mengadaptasi untuk hidup pada tekanan kuat dan suhu sejuk di lautan dalam. Terutamanya pada cara pembiakan mereka yang disesuaikan untuk mengatasi masalah taburan populasi mereka yang agak jarang-jarang.

Begitulah cerita Dumbo, si sotong laut dalam 🙂

Artikel dari http://www.aquariumofpacific.org

Diterjemah dan disunting oleh Wadi Ilham.

diving suit2
Manusia harus memakai sut atmosfera seperti seorang angkasawan, untuk pergi ke kedalaman sotong Jumbo.

 

deep sea vehicle
Atau menggunakan kenderaan berperisai tebal seperti ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s