Falsafah Saintis Islam

Agama, Seni, dan Sains mungkin mempunyai domain yang berbeza. Tetapi kesemuanya penting untuk membantu manusia memahami alam ini.

Sama seperti kita melihat sebatang pokok. Kita mungkin menghargai indahnya ciptaan Tuhan (Agama), atau menghargai sejuk mata memandangnya (Seni), atau menggunakan bahagian pokok itu untuk perubatan (Sains).

Kita boleh melihat pokok itu dengan cara-cara yang berbeza, tetapi konklusinya sama – iaitu kita menghargai pokok itu sebagai satu kurniaan Allah kepada kita.

Inilah nilai “Integrasi” yang aku belajar di universiti. Iaitu tidak memisahkan sains, seni dan agama, sebaliknya menyatukan kesemuanya untuk kita memahami alam ini.

Benar, kita berhadapan dengan pengaruh luar yang mencemari banyak cabang-cabang ilmu dan seni. Tetapi jalan penyelesaiannya bukanlah dengan mengelak langsung dari mempelajari ilmu itu, sebaliknya mencipta versi kita sendiri – iaitu versi yang berpandukan ajaran Islam.

Contohnya dalam bidang bioteknologi. Kita tahu teruknya moral saintis-saintis Barat yang mengkaji ilmu alam (seperti beberapa teknologi yang aku sebut dalam post sebelum ini). Malah sesama mereka juga bertelagah dengan isu moral masing-masing. Tetapi saintis Islam di universiti sudah sepakat, iaitu kami akan terus mengkaji selagi tidak bertentangan dengan Syariat.

Kami kaji kacukan pokok, fermentasi makanan, dan kami cari bakteria yang sesuai untuk membersihkan tumpahan minyak.
Tetapi kami sekali-kali tidak akan mengklon manusia atau haiwan, tidak akan merosakkan nilai makanan dengan memasukkan gen asing, dan tidak mengubah DNA manusia sesuka hati (designer babies).

Ini etika kami sebagai saintis Muslim.

Link ke falsafah teras UIA
http://www.iium.edu.my/about-iium/philosophy

unity

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s