ANTOLOGI CERPEN: Revolusi

Ustaz pun boleh tulis fiksyen tau!

Ada 14 cerpen dan 1 catatan peribadi dalam buku ini, yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Catatan tentang apa? Tungguu nanti saya ulas.

Saya rasa Ustaz Pahrol ni dah lama menulis, sebab dah pernah baca cerpen ‘Darul Taqwa’ dalam Utusan Malaysia masa kecik dulu. Karyanya tebal dengan falsafah (fuh!).

 

 

Cerpen pertama bertajuk ‘Darul Taqwa’. Cerpen inilah yang saya pernah baca di akhbar Utusan Malaysia masa kecil dulu. Ingat sampai sekarang sebab sangat hebat mesej yang disampaikan dalam cerita tu.

 

Tentang seorang YB yang korup dan sukakan duniawi, tiba-tiba mendapati dirinya berada di dunia futuristik yang sangat Islamik. Indahnya bila agama dan teknologi dapat berjalan seiring bersama.

# Gambar hiasan ini adalah gambaran projek Forest City yang akan dilaksanakan di Johor. Sangat canggih dan mesra alam. Akan menjadi bandar contoh katanya. Bagus projek ini dan kita rasa bertuah ada pihak yang sudi membinanya di negara kita. Tapi alangkah baiknya jika kerajaan kita tidak korup dan boleh membina sendiri projek ini, bukan semata-mata ‘dibantu’ oleh (atau menjadi harta) syarikat luar negara… Oh, impian yang mungkin terlalu indah untuk menjadi kenyataan.

 

The second short story in this anthology is ‘Revolusi’. The title of this anthology as well. ~~tells the story of King Monkey, who wants to lead his pack of monkeys into becoming human. He got this idea from Darwin’s manuscript, which he held in high reverence. To achieve this, he sent spies to four corners of Earth, to observe human and learn to be like them. Well, what he finds out makes him grateful for being a monkey. 🙂 ~~Ustaz Pahrol captures the core of a revolution in this story. The source of ideology, the burning spirit to change, the ‘yes man’ followers, and the ups and downs of a revolution. Satirical and cynical. And we got to see from the eyes of a monkey. Are we human enough?

 

#revolusi #ustazpahrolmohamadjuoi

 

Cerpen ke-2 antologi Revolusi, ‘Wajah-wajah di Cermin’ ~~Masih kisah YB. Kali ini YB pemurah yang mahu menggantikan masjid lama di sebuah kampung dengan masjid baru. RM50,000 dilaburkan, murah sungguh hatinya. Sayang duit itu rupanya hasil dari judi dan rasuah. Apa yang berlaku seterusnya?

#nospoiler

#ustazpahrolmohamadjuoi

 

In the third short story titled ‘Melawan Arus’ (Against the Tide), we met two very different religious leader. Their common enemy was Datuk Sagor, a very unjust and cruel Chief of State.

~~Imran chose to storm Datuk Sagor’s palace. Persuading Saleh to join him. Yet, Saleh refused to do so. He chose to focus on helping the citizen who are being oppressed by Datuk Sagor.

~~The hard way is not going to win anything. Instead, life are thrown away, kids become orphan, cities destroyed. Saleh refused to choose violence. He was steadfast in his peaceful way, despite losing his close friend.

~~This gentle way is not an easy way. It’s far easier to get angry and directly challenge your opponent. It happens in Malaysia’s political scene, it’s happening in our everyday life too. Always choose the gentle way, we’ll win. If not today, maybe tomorrow. We win, because we conquered our anger…not succumbing to it 🙂 “

~~#revolusi  #ustazpahrolmohamadjuoi

 

Cerpen ke-5, ‘Derap Kasutnya’ – menceritakan tentang seorang pensyarah berkelulusan PhD Usuludin dari Universiti Colorado, US, yang berasa tergugat dengan kepetahan anak muridnya berhujah.

#apakah definisi tamadun Islam? Prof. Dr. Zawawi dengan bangga menceritakan segala kehebatan tamadun Islam. Pencapaian para cendekiawan, bangunan-bangunan berukir indah, dan keluasan empayarnya. Juga pendapat tokoh-tokoh akademik (yang bukan beragama Islam) tentang konsep ketuhanan dalam Islam.

#Namun Nizam berpendapat kita perlu berhati-hati dengan tafsiran Islam oleh dunia akademik Barat. Tamadun Islam tidak sama dengan tamadun lain. Ia bukan bermula ketika zaman kegemilangannya sahaja, tetapi bermula dari turunnya Al-Quran. Ia juga bukan diinspirasikan dari tamadun-tamadun lain, sebaliknya bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.

#Nizam menekankan pembangunan rohaniah, iaitu jihad mengalahkan hawa nafsu, memerangi syaitan, mengingat mati, dan mendambakan syurga. Pembangunan fizikal mestilah disertai pembangunan rohaniah, jika tidak, pembangunan itu kosong dan boleh membawa kebinasaan (kerana tiada panduan/kawalan). .

#Gambar hiasan: Program mentor-mentee di Unimas

 

#ustazpahrolmohamadjuoi

 

Cerpen ke-6, ‘Peluru dan Mata Hati’ ~~Bermula dengan rancak, babak pertempuran di hutan meletakkan kita di tempat askar-askar yang berjuang demi tanah air. Sangat ‘real’ dan tragik. ~~Cerita selepasnya adalah babak biasa seperti mana-mana cerita tentang orang bunian. Tetapi yang menariknya adalah pesanan dari mereka; “Berubahlah, umur dunia telah tua. Peristiwa-peristiwa besar akan berlaku. Islam memerlukan tenaga sepertimu. Tetapi bukan kekuatan fizikal yang menjadi perhitungan. Kau harus bersedia. Bersedia dengan kekuatan iman.” #ustazpahrolmohamadjuoi

 

Cerpen ke-7, ‘Demonstrasi’ adalah kisah lucu beberapa anak muda Kampung Telipuk Batu yang sanggup berhabis duit dan tenaga untuk pergi membuat demonstrasi di Johor. Kononnya membantah kedatangan presiden Israel ke Singapura. Namun, adakah mereka teguh dengan apa yang mereka perjuangkan?

#ustazpahrolmohamadjuoi  #revolusi

 

Cerpen ke-8, ‘Perlumbaan Terakhir’. Mengisahkan Lan yang terkenangkan sahabat lamanya, Rosman. Rosman kurang bijak dalam pelajaran, tetapi berbadan cergas. Kerana desakan hidup, Rosman terjebak menjadi seorang joki lumba kuda. ~~Lan cuba menegur rakannya agar tidak menjadi bahan perjudian orang lain. Persoalan antara SURVIVAL atau TAUBAT… ~~Hidup ini terlalu singkat… Sempatkah kita bertaubat sebelum terlambat?

 

#ustazpahrolmohamadjuoi

 

Cerpen ke-9, ‘Datin Oh Datin’ – menceritakan akan kehebatan Datin Mazidah yang begitu hebat memperjuangkan hak wanita, hingga terabai rumahtangganya. ~~Cerpen yang ini saya kurang bersetuju dengan #ustazpahrolmohamadjuoi . Saya cukup geram dengan cerita-cerita wanita berjaya yang mengabaikan keluarga. Kalau wanita berjaya, mesti abaikan keluargakah? Kalau lelaki berjaya tidak pula ditunjuk keluarganya bagaimana. Rumahtangga dibina dari dasar kerjasama. Suami dan isteri sama-sama menyelesaikan urusan rumahtangga. Jika isteri mahu meningkatkan kerjaya, suami harus menyokong, seperti juga seorang isteri yang berdiri di belakang suaminya. ~~Amat kurang cerita wanita berjaya yang menyelesaikan konflik berkaitan kerjayanya sahaja – menyelamatkan dunia, membina monumen, menyelesaikan misteri – sebaliknya yang disentuh mestilah kehidupan peribadinya juga.

~~Pada masa yang sama, saya juga tidak setuju dengan gerakan feminis yang terlalu mencari persamaan hak sehingga menganiaya kaum Adam pula. Keadilan itu ada tempatnya. ~~Antara azam saya adalah menulis cerita yang memiliki watak wanita yang kuat, tetapi kuat bukan seperti ciri tipikal karya Barat. Sebaliknya kekuatan sejati seorang wanita Muslim. Doakan saya dapat menerbitkan buku ini (buku sudah siap, hanya mahu edit dan hantar). Amiin… Gambar hiasan: Puan Ainon Mohd. Pengerusi ABS dan PTS. Penulis dan usahawan – sememangnya tokoh wanita yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s